Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Friday, 4 July 2014

Shumie's Sambalicious

[Shumie's Sambalicious]

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua...


Alhamdulillah dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk bertemu semula bulan mulia iaitu Ramadan Al Mubarak. Buat pertama kalinya, Syu sambut Ramadan bersama hubby. Kali ini juadah Iftar dan Sahur Syu sendiri yang siapkan. Kalau dulu Umie ada untuk tolong buat sama-sama tapi sekarang tak lagi :(

Syu suka pedas sama gak dengan hubby, jadi syu pikirkan cara yang cepat untuk menyediakan makanan dan menyelerakan especially ketika sahur. Tetibe dapat idea nak buat Sambal Hijau a.k.a. Sambal Ikan Bilis Cili Padi. Suatu tu saja pos kat FB pasal sambal ini, tak sangka ramai pulak kata nak beli. Ehhh Syu tak jual la sbb tak tau kene tekak org ke tak.

Trivia pasal Sambal ni, diperbuat dari cili padi yang super pedas. Ikan bilis yang siap dikupas dan dibersihkan. Bahan-bahan ini siap ditumis sehingga betul-betul masak.
Boleh segera dimakan dengan nasi panas dan telur dadar ketika bersahur dan sebagai juadah pembuka selera. Boleh dijadikan tumisan sayuran goreng, masak lemak cili padi dan nasi goreng. Mudah bukan?! Jom cuba!!


http://shumielicious.blogspot.com/2014/07/shumies-sambalicious.html
Shumie's Sambalicious in jar for COD
 
 
Lepas discuss dengan hubby, hubby bagi green light. Pada mula Syu buat bagi orang rasa, kalau xsedap takyah bayar. Tapi rata nak bayar dan siap repeat order lagi. Fuhhh rezeki Ramadan :) Syukurnya hanya Tuhan yang tahu. Bayangkan ada yang sanggup nak Syu pos ke Sabah Sarawak. Demi taknak hampa dorang Syu pos jugak. Kalau Syu pos, Syu guna bekas dibawah. Lebih ringan untuk harga postage dan tak fragile sangat compare dengan kaca.


http://shumielicious.blogspot.com/2014/07/shumies-sambalicious.html
Shumie's Sambalicious dalam balang for POS

Bahan-bahan Syu guna haruslah yang terpilih dan segar. Tiap-tiap lepas balik keje akan singgah ke pasar raya berhampiran untuk beli bahan-bahan. Syu masak tiap-tiap malam untuk pastikan yang anda beli tu fresh from my kitchen cewahhh.



http://shumielicious.blogspot.com/2014/07/shumies-sambalicious.html
Shumie's Sambalicious super hott


Alhamdulillah rezeki bertalu-talu masuk. Hubby pon support dan tolong mane yang patot. Setiap hari order sampai tak cukup tangan, Syu akan stop pos dan cod 20 Julai 2014 tau. Sebab nak focus pada raya pulak :) Sebarang order boleh whatsapp Syu 0132739490. Cepat jangan terlambat nanti rugi!!



Friday, 13 June 2014

Resipi Shumie : Sambal Tumis Belacan

[Resipi Shumie : Sambal Tumis Belacan]


Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua...


Hari ni Syu nak kongsikan resipi Sambal Tumis Belacan yang Syu belajar dari mak Syu sendiri. Asal usul sambal ni dari Pantai Timur kalau Syu tak silap la. Ehhh sape yang suke Nasi Kerabu tak kan tak tau hihi.. Aikkk tak tau ke?? Makan tau ekk hehe..

Kenapa Syu tetibe nak buat sambal ni sebab Hubby Syu suka makan Nasi Kerabu. Especially Nasi Kerabu kat opis Syu. Ade seorang kakak ni dengan family dia jual bermacam-macam lauk pauk dan kuih muih utk sarapan pagi kat tepi bangunan tempat Syu kerja. Harga murah la bagi kawasan Tiga Segi ni dan rase pon not bad.

Suatu hari, terjadi la cakap-cakap antara laki bini nih :

Hubby: Sayang, kuah dalam Nasi Kerabu tu nama ape eh?
Wifey  : Kuah yang mana?
Hubby: Kuah kaler kuning ala2 kuah kari tapi pekat
Wifey  : Ooooo tu bukan kuah tapi sambal la
Hubby : Tak macam sambal ponn
Wifey  : Memang la.. Tu nama dia Sambal Tumis Belacan.
Hubby : Sedap la.. Sayang reti buat?
Wifey  : Reti la.. Kacang je tuu.. Petik jari je :)
Hubby : Okkk (petik jari) buatkan pleaseeeee!! Abang teringin. Mengidam anak tekak abang    ni haha
Wifey  : Hahaha bukan main lagi mengidam ni.. OkOk jom g pasar cari barang..
Hubby : Jom!!

Begitu lah ceritanya hihi. Jom kite tengok bahan-bahan yang diperlukan.

2 1/2 cawan santan ( 1/2 biji kelapa ) / 1 kotak kecik Santan kotak.
3 sudu besar bawang ( campuran b/besar + b/putih dan lengkuas )
1 sudu kecil garam
4 sudu kecil gula
1 sudu besar cili kering ( siap dikisar - ikut kepedasan )
3 batang serai ( di titik )
2" belacan ( nak lagi power tambah sikit lagi..)


sedikit asam jawa paste Adabi
sedikit air


Cara Masak :

Satukan kesemua bahan2 kedalam kuali.
Masak sambil sentiasa di kacau kalau tak santan akan berketul.
Sehingga pecah minyak atau sehingga kepekatan yang di kehendaki.
Boleh dihidangkan bersama ikan goreng atau ayam/ikan bakar (ala Percik gitu) sedapp!!

**Kalau nak makan dengan nasi kerabu, tak perlu terlalu pekat sambalnya.


Taraaaaaaaaaa!!


http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/resipi-shumie-sambal-tumis-belacan.html
Sambal Tumis Belacan (sori la comot sikit sebab hubby tak sabar nak makan)


Rupe maybe tak segah tapi rase yer tetap menjadi pujaan hatiku... cutttt!!! hahaha

Ok Selamat Mencuba ye :)