Friday, 16 September 2016

Kelahiran Semula

Assalamualaikum semua...


Alhamdulillah Syu is BACK!! Bersawang dah blog ni. MAAF ye :)

InsyaAllah blog ini akan bermanfaat dan informatif buat semua yang sudi membaca blog picisan ini. 

Syu ingin perkenalkan servis - servis yang Syu jalankan:


SUCI MOBILE SPA



BEKAM SUCI



SUCI NAIL BAR



SHAKLEE BY SYU


Kalau korang berminat untuk dapatkan servis seperti di atas, boleh contact Syu ye 013-2739490.
Jumpa lagi di post akan datang!!

Thursday, 10 July 2014

Project Mega Raya 2014 from Shumie's Kitchen

[Project Mega Raya 2014 from Shumie's Kitchen]


Alhamdulillah hampir 2 minggu umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Tahun-tahun yang sebelum ni Syu cuma buat Popia Simpul sahaja dan jual kepada rakan-rakan terdekat. Perniagaan ini diwarisi dari Umie, dulu Umie buat Mini Popia Gulung serunding daging, ayam dan ikan. Tapi Syu ubah suai sikit buat simpul lebih mudah dan cepat untuk disiapkan.

Tahun ini Alhamdulillah bukan setakat Popia Simpul saja tapi ade penambahan kuih-kuih yang lain seperti Tart Nenas, London Almond, Kuih Bangkit Bijan, Kuih Buah Rotan, dan Kuih Siput. Ada 6  jenis kesemuanya.


http://shumielicious.blogspot.com/2014/07/project-mega-raya-2014-from-shumies.html
Rangkaian Kuih Raya by Shumie's Kitchen
 
http://shumielicious.blogspot.com/2014/07/project-mega-raya-2014-from-shumies.html
Black Maria, London Almond, 50 pcs
 
http://shumielicious.blogspot.com/2014/07/project-mega-raya-2014-from-shumies.html
Kuih Tradisional by Umie tersayang


http://shumielicious.blogspot.com/2014/07/project-mega-raya-2014-from-shumies.html
Le Popia Simpul Daging
http://shumielicious.blogspot.com/2014/07/project-mega-raya-2014-from-shumies.html
All time fevered, London Almond & Tart Nenas - 50 pcs

Ramai orang tegur awat murah sangat kuih kau ni.... Jawapannya ialah YA!! murah di pasaran. Semua kuih dijual dengan harga bawah RM20 sahaja. Murah dan sedap serta berbaloiii =D
Kepada akak-akak dan abang-abang di luar sana nak cari kuih raya murah dan sedap boleh whatsapp/sms 0132739490 (Syu). InsyaAllah boleh COD lagi tau so don't worry k.

Friday, 4 July 2014

Shumie's Sambalicious

[Shumie's Sambalicious]

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua...


Alhamdulillah dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk bertemu semula bulan mulia iaitu Ramadan Al Mubarak. Buat pertama kalinya, Syu sambut Ramadan bersama hubby. Kali ini juadah Iftar dan Sahur Syu sendiri yang siapkan. Kalau dulu Umie ada untuk tolong buat sama-sama tapi sekarang tak lagi :(

Syu suka pedas sama gak dengan hubby, jadi syu pikirkan cara yang cepat untuk menyediakan makanan dan menyelerakan especially ketika sahur. Tetibe dapat idea nak buat Sambal Hijau a.k.a. Sambal Ikan Bilis Cili Padi. Suatu tu saja pos kat FB pasal sambal ini, tak sangka ramai pulak kata nak beli. Ehhh Syu tak jual la sbb tak tau kene tekak org ke tak.

Trivia pasal Sambal ni, diperbuat dari cili padi yang super pedas. Ikan bilis yang siap dikupas dan dibersihkan. Bahan-bahan ini siap ditumis sehingga betul-betul masak.
Boleh segera dimakan dengan nasi panas dan telur dadar ketika bersahur dan sebagai juadah pembuka selera. Boleh dijadikan tumisan sayuran goreng, masak lemak cili padi dan nasi goreng. Mudah bukan?! Jom cuba!!


http://shumielicious.blogspot.com/2014/07/shumies-sambalicious.html
Shumie's Sambalicious in jar for COD
 
 
Lepas discuss dengan hubby, hubby bagi green light. Pada mula Syu buat bagi orang rasa, kalau xsedap takyah bayar. Tapi rata nak bayar dan siap repeat order lagi. Fuhhh rezeki Ramadan :) Syukurnya hanya Tuhan yang tahu. Bayangkan ada yang sanggup nak Syu pos ke Sabah Sarawak. Demi taknak hampa dorang Syu pos jugak. Kalau Syu pos, Syu guna bekas dibawah. Lebih ringan untuk harga postage dan tak fragile sangat compare dengan kaca.


http://shumielicious.blogspot.com/2014/07/shumies-sambalicious.html
Shumie's Sambalicious dalam balang for POS

Bahan-bahan Syu guna haruslah yang terpilih dan segar. Tiap-tiap lepas balik keje akan singgah ke pasar raya berhampiran untuk beli bahan-bahan. Syu masak tiap-tiap malam untuk pastikan yang anda beli tu fresh from my kitchen cewahhh.



http://shumielicious.blogspot.com/2014/07/shumies-sambalicious.html
Shumie's Sambalicious super hott


Alhamdulillah rezeki bertalu-talu masuk. Hubby pon support dan tolong mane yang patot. Setiap hari order sampai tak cukup tangan, Syu akan stop pos dan cod 20 Julai 2014 tau. Sebab nak focus pada raya pulak :) Sebarang order boleh whatsapp Syu 0132739490. Cepat jangan terlambat nanti rugi!!



Monday, 30 June 2014

Set Mighty 3 Gems Membantu Ibadah Puasa Anda

[Set Mighty 3 Gems Membantu Ibadah Puasa Anda]

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua...
 
 
Alhamdulillah bertemu kembali bulan Ramadan yang mulia dan pertama kali berpuasa sebagai isteri. Tanggungjawab bertambah sebab  kene sediakan judah Iftar dan Sahur sendiri. Nasib baiklah hubby tak cerewet Akhamdulillah.
 
Bagi Syu juadah Iftar tak menjadi masalah, banyak bazar-bazar Ramadan atau boleh masak sendiri. Tapi masalah sikit utk juadah Sahur hihi. Almaklum la bangun pagi-pagi kadang-kadang tu tak berselera nak jamah makanan yang tersedia. Jadi Syu memerlukan sesuatu yang mudah, cepat dan mengenyangkan serta mampu memberikan tenaga buat Syu dan Hubby menjalani ibadah puasa.
 
Tambah lagi, sekarang negara kita sedang mengalami cuaca panas dan kering jadi factor ini menambahkan lagi cabaran buat anak-anak kecil yang baru belajar berpuasa, ibu mengandung dan ibu menyusukan bayi malah kita semua.

Jangan risau Shaklee ada dan sentiasa membantu kita semua :) Jadi hari ini Syu ingin anda semua berkenalan dengan Set Mighty 3 Gems!!


http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/set-mighty-3-gems-membantu-ibadah-puasa.html
Set Mighty 3 Gems yang super awesome!


Set ini terdiri daripada 3 hot item dari Shaklee iaitu ESP, Meal Shakes dan Performance Drinks. Ketiga-tiga produk ni berbentuk serbuk dan minuman. Jadi memudahkan untuk kita bersahur tak perlu masak dan sebagainya. Mudah bukan?!!

Rasa?!!! ohhh so sungguhhh nyaman dan ohsemmm hihi. ESP tu kite boleh letak pelbagai perasa, contoh jus atau milo atau sebagainya. Meal Shakes perisa vanilla hanya perlu tambah air sahaja. Performance Drink pula perasa orange tambah ais lagi nyamannn!!

Jadi apa tunggu lagi.. Dapatkan set wajib ini untuk keluarga anda sekarang!! Sangat berbaloi dan tahan lama itu yang pasti. Keluarga sihat, anak cemerlang :)

Seperti biasa sekira berminat atau ingin bertanya mengenai produk Shaklee boleh whatsapp 0132739490

Thursday, 19 June 2014

Resipi Shumie : Ketam Masak Lemak Cili Api

[Resipi Shumie : Ketam Masak Lemak Cili Api]

Semalam dalam perjalanan balik ke rumah ternampak gerai jual Ketam Nipah, terus cakap kat Hubby kalau dapat makan mesti sedap kan sebab xpernah rasa. Hubby terus ajak singgah Billion Kajang sebab nak beli barang dapur.

Sedang leka pilih bawang, hubby bawak barang yang dia dah timbang. Salah satu daripada plastic tu ada KETAMMMM BUNGAA!! Yeaaayyyyy rasa nak melompat kat situ jugakkk hihi. Hubby cakap nak makan Masak Lemak Cili Api, dah lama dia kata nak makan. Syu pon apa lagi terus capai santan kotak dan bahan-bahan yang diperlukan.

Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan :

 

http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/resipi-shumie-ketam-masak-lemak-cili-api.html
Bahan-bahan yang diperlukan

 
                                           2 ekor Ketam yang telah disiang dan dibelah dua
                                           1 kotak santan (250ml)
                                           3 batang serai (diketuk)
                                           1 gelas air
                                           **Gula dan garam secukup rasa
 
 
                                           Bahan-bahan yang perlu dikisar:
 
                                              * 3 ulas bawang merah
                                              * 1 ulas bawang putih
                                              * 1 inci kunyit hidup
                                              * 10 biji cili api (ikut tahap kepedasan)
 
 

Cara masak pula, senang saja. Masukkan semua bahan- bahan di atas kecuali santan. Santan Syu akan masuk separuh dulu. Setelah mendidih baru masuk selebihnya. Lebih lemak berkrim gituuu hihi. Tunggu didih sekali lagi then boleh dihidangkan bersama nasi panas, sure meletopppp!!



http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/resipi-shumie-ketam-masak-lemak-cili-api.html
Tarraaaa!!

 

Selain ketam, boleh guna makanan laut yang lain seperti udang atau sotong. Kalau nak sedap boleh tambah daun kunyit atau belimbing buluh. Selamat mencuba =)

Wednesday, 18 June 2014

Apa itu GOUT?

[Apa itu GOUT?]

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua...

Pengenalan

Gout ini adalah sejenis penyakit kerap dialami oleh orang LELAKI. Penyakit gout adalah berpunca daripada pembentukan kristal-kristal asid urik di dalam cecair sendi. Ubat gout yang biasa dibagi oleh doktor itu boleh mengurangkan sakit gout dan keradangan, tetapi ia tidak boleh mengurangkan akar umbi gout, iaitu asid urik.



http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/apa-itu-gout.html
GOUT
 

Serangan sakit gout biasanya datang dengan tiba-tiba dan menjadikan sendi-sendi tertentu bengkak dan merah kesakitan sehingga mangsa tersebut langsung tidak boleh berdiri atau jalan. Sakit gout ini akan menjadi semakit ketara dalam masa beberapa jam dan bengkak tersebut hanya akan hilang selepas beberapa hari atau lebih daripada satu minggu.

Lebih daripada 70% kes serangan sakit gout bermula di sendi ibu jari kaki. Tempat serangan yang kedua adalah buku lali diikuti dengan sendi lutut. Walau bagaimana pun, terdapat juga kes-kes di mana serangan pertama dirasai di sendi-sendi lain seperti gelang dan jari-jari tangan

Untuk tujuan mengelakkan serangan gout pada masa depan, anda dinasihat untuk lebih fokus pada penyingkiran asid urik daripada badan anda, satu cara yang paling berkesan untuk tujuan itu adalah pengambilan air alkali ionik. Selain itu, diet yang seimbang juga penting terutama kurangkan pengambilan makanan yang berasaskan seafood.

Pengalaman

Ramadan yang lepas buat pertama kalinya hubby Syu terkena Gout di bahagian ibu jari kaki kedua-dua belah. Pada malam sebelum tu, dia dah rasa di bahagian iu jari kaki sebelah kiri terasa panas dan terasa dicucuk dengan jarum. Tapi dia just ingnore je, anggap macam perkara kecil je. Fikir dia maybe dia terlalu banyak makan daging time berbuka. Makin lama makin bengkak dan bertambah sakit. Dia tak mampu berdiri apatah lagi berjalan. Sedih tengok insan kita sayang sakit macam tu dan kita tak mampu nak tolong hilangkan kesengsaraan dia.

Pada mulanya, tidak pasti sakit apa yang dialami oleh hubby tapi bila Syu terus google, Syu terbaca tanda-tanda yang dialami oleh hubby sama seperti Gout. Pihak doctor pon mengesahkan yang hubby mengalami Gout tapi macam biasa tiada ubat yang khusus untuk Gout, hanya dibekalkan ubat tahan sakit dan ubat bengkak.

Sampai di rumah Syu google apa yang boleh mengurangkan sakit Gout ni. Apa Syu perolehi dari sumber bacaan di internet, penyakit ini perlu dikawal oleh tuan punya badan sendiri. Ubat yang terdapat di pasaran hanya untuk mengurangkan kesakitan bukan untuk merawat sepenuhnya (penyakit ini boleh berulang).

Penawar



http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/apa-itu-gout.html
Gout ni ibarat dalam kaki kite ade duri atau jarum


Tetiba Syu teringat pada Alfafa Shaklee sebab fungsi Alfafa ni khas untuk detox atau membuang toksin. Terus call sifu Syu iaitu Cik Nuda Phycell, tanyakan ok ke tak Alfafa untuk Gout. Then dia cakap sangat bagus, siap tambah lagi suplemen lain iaitu Performance Drink, Advanced Joint Health Tablet dan Omega Guard. Hati sudah berbunga riang, terus bagi Hubby makan Alfafa kebetulan stok Alfafa ada :)


http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/apa-itu-gout.html
Set Gout Shaklee


Then, hubby cakap nak cuba amalan Sunnah iaitu BEKAM. Amalan ini bagus sebab segala toksin dalam badan kita akan keluar, darah yang keluar berbuih-buih dan berwarna merah kehitaman serta berketul. Waktu tu, bengkak kaki Hubby sudah berkurangan jadi ia memudahkan sedikit proses bekam.


http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/apa-itu-gout.html
Lebih kurang macam ni la, hubby Syu bekam - Google


Selain berbekam, Hubby terjumpa satu artikel mengenai pemakanan yang baik untuk memecahkan asid urik yang berkumpul. Untuk 2 hari berturut, Hubby amalkan:

  • Cuka Epal dicampurkan dengan Madu (disejukkan lebih sedap)
  • Sebiji buah Nenas Madu (sehari sebiji tau)
  • Buah Cherry yang fresh (bukan yang buat hiasan tuu hihi)
  • Green Tea dibancuh tanpa gula (jadi amalan dia sehingga sekarang)


http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/apa-itu-gout.html
Buah Cherry yang ni tau :)


Musuh Ketat

Senarai makanan yang perlu dielakkan ataupun dikurangkan pengambilannya:

  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans and peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin


Alhamdulillah selepas 6 hari, penyakit ini telah berkurangan dan Hubby start puasa seperti biasa. Sejak dari itu, setiap kali rasa sengal atau dicucuk di bahagian ibu jari, Hubby akan cepat-cepat telan Alfafa, minum Green Tea ataupun bancuh Cuka Epal dengan Madu.

Pernah Syu tanyakan pada Hubby mengenai tahap kesakitan Gout ni, dia kata kalau pegang sikit je pon rase nak nages. Apatah lagi kalu ade orang terlanggar kaki yang sakit tu. Hanya orang yang pernah mengalami Gout je memahami tahap kesakitan yang ditanggung.

Diharap perkongsian kali ini dapat membantu sesiapa yang mengalami nasib yang sama. Bagi Syu, seboleh-bolehnya merawat sesuatu penyakit itu menggunakan sumber asli dan tradisional. Lebih selamat untuk jangka masa yang panjang, bahkan kita tahu apa yang kita makan untuk tubuh badan selain mengikut amalan Sunnah. Paling penting, keyakinan kita terhadap Sang Pengcipta yang Maha Penyembuh lagi Maha Pemurah, jangan berhenti berdoa dan berharap kepada-NYA. InsyaAllah :)
 
Macam biasa, sebarang pertanyaan atau pesanan boleh direct whatsapp/sms/call Syu : 0132739490 =)
 
 

Monday, 16 June 2014

OsteMatrixTM Bukan Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM  Bukan Sekadar Kalsium
 
 
Tulang adalah di antara ciptaan Tuhan yang paling unik dan kompleks. Merupakan struktur terpenting di dalam tubuh badan manusia dan penyokong utama berat badan dan organ utama seperti jantung serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Oleh itu, kita perlu menjaga kesihatan tulang semaksima yang mungkin bagi mendapatkan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.
 
 

http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/ostematrixtm-bukan-sekadar-kalsium.html
Kesihatan tulang perlu dijaga bagi mengelakkan berlakunya penyakit Osteoporosis 
 
 
OsteMatrixTM membekalkan nutrient-nutrient harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk menbantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
 
 

http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/ostematrixtm-bukan-sekadar-kalsium.html
Kapsul yang bersaiz kecil dan disalut licin mudah ditelan.
 
Siapakah yang memerlukan OsteMatrixTM ?      
 
  • Alah pada susu
  • Tidak suka minum susu
  • Berisiko mendapat penyakit Osteoporosis
  • Ibu mangandung
  • Ibu menyusu bayi
  • Sering mengalami keletihan
  • Susah untuk bangun pagi
  • Sering kebas kaki atau tangan
  • Tekanan darah tidak seimbang
  • Sentiasa rasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan
  • Mengalami masalah kuku, kulit & rambut kasar
  • Mengalami sengal atau sakit gigi
  • Mengalami kekejangan atau kram


Jika anda di luar sana mengalami seperti di atas, usah ragu lagi cuba la OsteMatrixTM pada hari ini juga!!! Pasti anda tidak akan menyesal kerana  OsteMatrixTM .........



http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/ostematrixtm-bukan-sekadar-kalsium.html
WOOWWWW!!



http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/ostematrixtm-bukan-sekadar-kalsium.html
Awesome kan OsteMatrix ni!!


Jadi apa tunggu lagi, sebotol OsteMatrixTM takkan jatuh ke riba kalau anda tak order dengan Syu hihi :)

Sebarang order atau pertanyaan boleh direct whatsapp/sms 0132739490 (SYU)