Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua...
Pengenalan
Gout ini adalah sejenis penyakit kerap dialami oleh orang LELAKI. Penyakit gout adalah berpunca daripada pembentukan kristal-kristal asid urik di dalam cecair sendi. Ubat gout yang biasa dibagi oleh doktor itu boleh mengurangkan sakit gout dan keradangan, tetapi ia tidak boleh mengurangkan akar umbi gout, iaitu asid urik.
![]() |
GOUT |
Serangan sakit gout biasanya datang dengan tiba-tiba dan menjadikan sendi-sendi tertentu bengkak dan merah kesakitan sehingga mangsa tersebut langsung tidak boleh berdiri atau jalan. Sakit gout ini akan menjadi semakit ketara dalam masa beberapa jam dan bengkak tersebut hanya akan hilang selepas beberapa hari atau lebih daripada satu minggu.
Lebih daripada 70% kes serangan sakit gout bermula di sendi ibu jari kaki. Tempat serangan yang kedua adalah buku lali diikuti dengan sendi lutut. Walau bagaimana pun, terdapat juga kes-kes di mana serangan pertama dirasai di sendi-sendi lain seperti gelang dan jari-jari tangan
Untuk tujuan mengelakkan serangan gout pada masa depan, anda dinasihat untuk lebih fokus pada penyingkiran asid urik daripada badan anda, satu cara yang paling berkesan untuk tujuan itu adalah pengambilan air alkali ionik. Selain itu, diet yang seimbang juga penting terutama kurangkan pengambilan makanan yang berasaskan seafood.
Pengalaman
Ramadan yang lepas buat pertama kalinya hubby Syu terkena Gout di bahagian ibu jari kaki kedua-dua belah. Pada malam sebelum tu, dia dah rasa di bahagian iu jari kaki sebelah kiri terasa panas dan terasa dicucuk dengan jarum. Tapi dia just ingnore je, anggap macam perkara kecil je. Fikir dia maybe dia terlalu banyak makan daging time berbuka. Makin lama makin bengkak dan bertambah sakit. Dia tak mampu berdiri apatah lagi berjalan. Sedih tengok insan kita sayang sakit macam tu dan kita tak mampu nak tolong hilangkan kesengsaraan dia.
Pada mulanya, tidak pasti sakit apa yang dialami oleh hubby tapi bila Syu terus google, Syu terbaca tanda-tanda yang dialami oleh hubby sama seperti Gout. Pihak doctor pon mengesahkan yang hubby mengalami Gout tapi macam biasa tiada ubat yang khusus untuk Gout, hanya dibekalkan ubat tahan sakit dan ubat bengkak.
Sampai di rumah Syu google apa yang boleh mengurangkan sakit Gout ni. Apa Syu perolehi dari sumber bacaan di internet, penyakit ini perlu dikawal oleh tuan punya badan sendiri. Ubat yang terdapat di pasaran hanya untuk mengurangkan kesakitan bukan untuk merawat sepenuhnya (penyakit ini boleh berulang).
Penawar
![]() |
Gout ni ibarat dalam kaki kite ade duri atau jarum |
Tetiba Syu teringat pada Alfafa Shaklee sebab fungsi Alfafa ni khas untuk detox atau membuang toksin. Terus call sifu Syu iaitu Cik Nuda Phycell, tanyakan ok ke tak Alfafa untuk Gout. Then dia cakap sangat bagus, siap tambah lagi suplemen lain iaitu Performance Drink, Advanced Joint Health Tablet dan Omega Guard. Hati sudah berbunga riang, terus bagi Hubby makan Alfafa kebetulan stok Alfafa ada :)
Set Gout Shaklee |
Then, hubby cakap nak cuba amalan Sunnah iaitu BEKAM. Amalan ini bagus sebab segala toksin dalam badan kita akan keluar, darah yang keluar berbuih-buih dan berwarna merah kehitaman serta berketul. Waktu tu, bengkak kaki Hubby sudah berkurangan jadi ia memudahkan sedikit proses bekam.
![]() |
Lebih kurang macam ni la, hubby Syu bekam - Google |
Selain berbekam, Hubby terjumpa satu artikel mengenai pemakanan yang baik untuk memecahkan asid urik yang berkumpul. Untuk 2 hari berturut, Hubby amalkan:
- Cuka Epal dicampurkan dengan Madu (disejukkan lebih sedap)
- Sebiji buah Nenas Madu (sehari sebiji tau)
- Buah Cherry yang fresh (bukan yang buat hiasan tuu hihi)
- Green Tea dibancuh tanpa gula (jadi amalan dia sehingga sekarang)
![]() |
Buah Cherry yang ni tau :) |
Musuh Ketat
Senarai makanan yang perlu dielakkan ataupun dikurangkan pengambilannya:
- Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
- Ikan bilis, kembung, sardin
- Daging cincang
- Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
- Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
- Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
- Peanuts, lentil, beans and peas
- Poultry
- Roti jagung dan bijirin
Alhamdulillah selepas 6 hari, penyakit ini telah berkurangan dan Hubby start puasa seperti biasa. Sejak dari itu, setiap kali rasa sengal atau dicucuk di bahagian ibu jari, Hubby akan cepat-cepat telan Alfafa, minum Green Tea ataupun bancuh Cuka Epal dengan Madu.
Pernah Syu tanyakan pada Hubby mengenai tahap kesakitan Gout ni, dia kata kalau pegang sikit je pon rase nak nages. Apatah lagi kalu ade orang terlanggar kaki yang sakit tu. Hanya orang yang pernah mengalami Gout je memahami tahap kesakitan yang ditanggung.
Diharap perkongsian kali ini dapat membantu sesiapa yang mengalami nasib yang sama. Bagi Syu, seboleh-bolehnya merawat sesuatu penyakit itu menggunakan sumber asli dan tradisional. Lebih selamat untuk jangka masa yang panjang, bahkan kita tahu apa yang kita makan untuk tubuh badan selain mengikut amalan Sunnah. Paling penting, keyakinan kita terhadap Sang Pengcipta yang Maha Penyembuh lagi Maha Pemurah, jangan berhenti berdoa dan berharap kepada-NYA. InsyaAllah :)
Macam biasa, sebarang pertanyaan atau pesanan boleh direct whatsapp/sms/call Syu : 0132739490 =)
0 comments:
Post a Comment