Thursday, 5 June 2014

Kenapa Kita Perlukan Supplemen?

[Kenapa Kita Perlukan Supplemen?]
 
 
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua!
 
Hari ini Syu akan kongsikan sebab mengapa tubuh badan kita memerlukan supplemen. Tapi sebelum itu, mari kite mengenali secara dalam apa maksud supplemen ini.


 
http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/kenapa-kita-perlukan-supplemen.html
Pelbagai rupa dan bentuk supplemen - sumber Google
 
 
 
Apa itu Supplemen?
 
Supplemen atau Makanan Tambahan ditakrifkan sebagai bahan yang boleh dimakan atau diminum, samada dalam bentuk vitamin, herba, asid amino, atau campuran dari bahan-bahan ini. Ia pula berbentuk pil, kapsul, tablet ataupun cecair.
 

http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/kenapa-kita-perlukan-supplemen.html
Untuk siapa? - sumber Google


Siapa yang Memerlukan Supplemen?

Individu yang tidak mengambil makanan seimbang dalam diet harian mereka memerlukan makanan tambahan. 
 
 
Sebab Mengapa Badan Kita Perlukan Supplemen:
 
  • Badan kita memerlukan dos vitamin yang tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya, Vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas Tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan gakian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran yang ditanam di atas Tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

  • Zat makanan mudah hilang ketika proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

  • Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alcohol, minuman keras dan antibiotic bolenh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi lemak, kafein, kolestrol, gula dan garam dapat mengurangkan zat makanan di dalam tubuh.

  • Pengambilan makanan harian yang tidak seimbang dan tidak mengikut pyramid makanan yang dicadangkan. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

  • Bagi yang bekerja, makanan seimbang tidak dititikberatkan kerana kekangan masa dan hanya memasak seringkas yang mungkin.
 

http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/kenapa-kita-perlukan-supplemen.html
Chart Makanan - sumber Google
 

0 comments:

Post a Comment