Friday, 13 June 2014

Milk Booster: Set 3M

[Milk Booster: Set 3M]


Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua...

Menjadi satu kemestian bagi seorang ibu ingin menyusukan bayi yang telah beliau kandung
selama 9 bulan lamanya. Dari saat mengetahui dirinya telah berbadan dua, pasti tersimpan hasrat dan impian setinggi gunung untuk menyusukan bayi dengan susunya sendiri sehingga mencapai usia bayi tersebut 2 tahun.

Itu dia kasih dan pengorbanan seorang insan bergelar ibu. Tapi sayangnya, masih ada lagi segelintir ibu-ibu di luar tidak mampu memberikan susunya sendiri ataupun menghidap penyakit yang kritikal yang boleh menjejaskan kesihatan bayinya. Ada juga sesetengah ibu tidak mampu lagi meneruskan niat murni tersebut akibat kekurangan susu tatkala bayi semakin membesar dan memerlukan kuantiti susu yang banyak.

Apakah faktor atau punca pengeluaran susu semakin berkurangan? Benarkah hal ini boleh berlaku? Jom kita lihat punca-puncanya:

 
1- KERAPAN MENGEPAM

Biasanya bila dah mula sibuk, ibu yang dulunya mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, akan kurangkan sesi kepada 2-3 kali, atau sekali, atau kadang2 tak sempat pam langsung!
Bila frekuensi mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana signal menghantar pesanan kepada otak “Buat susu” sudah dikurangkan.

Solusinya : Jangan skip pam. Kalau ada duit lebih, invest untuk pam yang boleh handsfree, so sambil2 buat kerja tu boleh mengepam ataupun double pump

 
2- CARA PENJAGA BAYI BERI BAYI MINUM

Macam agak tak logik kan bila hantar pengasuh je tiba2 baby minum lebih banyak dari supply. Mungkin juga sebab cara si penjaga tu beri susu kepada baby. Asal nangis sikit, kasik susu. Yang si baby pula, disebabkan aktiviti sucking (menghisap) tu boleh tenangkan dia, so dia hisap telan je lah walaupun tak lapar. Lagi satu, ada pengasuh yang terus panaskan sebotol penuh. Jadi walapun bayi minum sikit, yang lebih tu dibuang sajalah.

Solusinya: Ajar dan beri penerangan pengasuh bayi tentang cara handling susu ibu.

 
3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN

Ada kaitan sikit dengan no (2) di atas. Misalnya ibu jangka anak minum 10oz, jadi dia hantar 2 botol susu 5oz setiap satu. Anaknya minum 4 kali di rumah pengasuh.. Lalu pengasuh tu panaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, alamak, dah habis! Iya la, walaupun 10oz, tapi ibu hantar 2 botol saja..

Solusinya : simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpam average 2-3 oz saja dalam satu container.


4- OUTSTATION

Bila outstation, kadang2 ibu tak bawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu yang dia kena pam 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production. Kadang2 ibu tak sedar sebab biasanya bayi minum direct pada waktu malam.
 Solusinya : Pam siang & malam ikut time.

5- KEBERKESANAN PAM

Macam benda2 lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. Ini akan menyebabkan pam tu gagal utk membantu ibu mengosongkan payudara.

Solusinya : Gunakan pam hospital-grade; lakukan Marmet selepas pam & dah tak keluar susu utk kosongkan payudara

 
6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN

Bila sakit, jumpa doktor & dia bagi ubat. Bagitahu doktor yg kita tengah breastfeed & minta dia beri ubat yang selamat utk BF.

Solusinya : Ambil tahu tentang kesan ubat2 terhadap penyusuan.

 
7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu.

Solusinya : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.


8- MENGANDUNG

Mengandung boleh kurangkan susu.. Kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’.


9- GROWTH SPURTS

Bila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya berubah sikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin demanding.

Solusinya : sediakan stok untuk hadapi saat2 begini & tambah sesi mengepam.


10- STRESS

Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi stress. Stress boleh mengurangkan susu? Ya, kerana tubuh kita ‘sibuk’ buat benda lain dan ‘tak layan’ hormon2 penyusuan.

Solusinya : amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding.
 

Sumber : http://mysuperkids.net


Jadi kita semua sudah sedia maklum yang faktor-faktor di atas mampu "mengoyah" iman seorang ibu menyusu. Syu serius salute pada kalian !! Terutama pada ibu dan kakak-kakak Syu. Especially kakak Syu yang tengah EBF baby dia usia 10 month. Cabaran dia sangat besar sebab ada anak sulung usia 2 tahun lebih yang tengah lasak plus dua-dua anak dia LELAKI. Bekerja dengan projek bertimbun luckily Mak Syu sendiri yang jaga anak-anak dia. So, every time lunch hour dia akan balik and direct BF or pump untuk tambah stok kat rumah Mak. Sometimes, nampak dia down dengan production susu dia, tapi dia tetap kuat semangat nak teruskan niat murni dia tu. Saya bangga dengan awak, kak chik!!



http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/milk-booster-apa-itu.html
Harith 10 months with his milk!!
 
 
 
Apa rahsia kakak Syu sampai boleh buat stok sebegitu banyak?? Apa yang membantu susu dia jadi pekat dan banyak seperti di atas. Anda lihat tu hanya sebahagian je tau. Rahsianya ialah Set Penyusuan 3M!!



http://shumielicious.blogspot.com/2014/06/milk-booster-apa-itu.html
Set Penyusuan 3M (Marvellous Mom's Milk)


So, rahsia sudah terbongkar. Jadi kepada ibu-ibu di luar sana boleh mencuba sendiri dengan kehebatan Set 3M dan rasai sendiri keberkesanannya serta hasil yang mencurah-curah di ladang gandum ehhh ehhh. Ibu sihat, anak aktif dan bijak!! Kebaikan mengenai set ini akan Syu kongsikan pada next entry ok. Sabar ye :)

Sebarang pesanan atau pertanyaan boleh hubungi Syu 0132739490 (whatsapp/sms/call).
Terima kasih kerana gigih membaca :)

0 comments:

Post a Comment